Hubungi kami
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
Pangkalan Data Agribio   Bahasa : BM |  EN
Sila masukkan nama saintifik atau nama tempatan
 
ZonUlaman
No. RujukanACP0152
Nama Spesies

Gynura procumbens (Lour.) Merr.

 
Nama FamiliCompositae 
Nama TempatanSambung Nyawa, Akar Sebiak 
Foto  
Kegunaan TradisionalUlaman, darah tinggi, kencing manis, sakit kepala 
HuraianMorfologi: Herba atau pemanjat. Daun majmuk, setentang dan tepi daun bergerigi.  
Taburan EkologiTerdapat di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan pantai barat. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Ubatan
No. RujukanACP0044
Nama Spesies

Goniothalamus scortechinii King

 
Nama FamiliAnnonaceae 
Nama TempatanSelada Putih, Gajah Beranak 
Foto  
Kegunaan TradisionalLepas bersalin, barah, lenguh badan, tonik 
HuraianMorfologi: Pokok kecil setinggi 2 hingga 10 m. Dahan muda licin. Daun oblanseolat hingga oblong oblanseolat, apek membulat dengan pangkal akut dan licin. Bunga tunggal, sepal seperti daun, ovat hingga akut.Petal berwarna kemerahan, berbentuk ovat. 
Taburan EkologiTersebar di seluruh kawasan Semenanjung Malaysia daripada Pahang, Selangor hingga ke Thailand. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Ubatan
No. RujukanACP0061
Nama Spesies

Glycosmis perakensis Narayanas

 
Nama FamiliRutaceae 
Nama TempatanLelimau 
Foto  
Kegunaan TradisionalDemam, kolesterol 
HuraianMorfologi: Syrub atau anak pokok yang beraroma. Daun berselang seli, bunga kecil, berwarna putih dalam aksilari dan mempunyai 4-5 petal.  
Taburan EkologiTersebar luas. Dijumpai di kawasan Asia Tenggara. Endemik di Pahang dan Perak. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Ubatan
No. RujukanACP0073
Nama Spesies

Guioa bijuga (Hiern) Radlk.

 
Nama FamiliSapindaceae 
Nama TempatanSenyamok, Sugi Damar 
Foto  
Kegunaan TradisionalDemam, darah tinggi 
Huraian Morfologi: Herba, daun dengan beberapa pasang anak daun, glabrus, akuminat dan infloresen di aksilari. Bunga jantan dalam infloresen yang sama. Sepal lebih panjang daripada petal dan bebulu halus. Filamen berbulu, ovari trilob dan buah trilob memanjang.  
Taburan EkologiDijumpai di Selatan India, Selatan China dan kawasan Pasifik. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0098
Nama Spesies

Goniothalamus umbrosus J.Sinclair

 
Nama FamiliAnnonaceae 
Nama TempatanKenerak 
Foto  
Kegunaan TradisionalLepas bersalin, barah, lenguh badan, tonik 
HuraianMorfologi: Syrub setinggi 3m. Daun dengan 4-5 cm lebar dan 16-23 cm panjang. Petiol 1 cm panjang. Pedisel bunga 5 cm panjang, sepal 8 mm dan berwarrna hijau kekuningan. Buah bulat, kehijauan dan berlob.  
Taburan EkologiBiasa dijumpai di kawasan Asia Tenggara dan Semenanjung Malaysia. Hidup di kawasan tanah rendah terutamanya di tebing sungai. Endemik di Penang, Kelan 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0099
Nama Spesies

Goniothalamus tapis Miq.

 
Nama FamiliAnnonaceae 
Nama TempatanKenerak, Gertimang (Penan), Selukai (Iban), Lakom (Kedayan) 
Foto  
Kegunaan TradisionalUbat pencuci perut untuk sakit perut dan barah 
HuraianMorfologi: Pokok setinggi 10 m. Ranting muda licin, keperangan dan berbelang. Daun koriasus, oblong hingga oblong-eliptik. Petiol 0.5 cm panjang, bunga tunggal dengan 3-4 pedisel. Sepal hijau kemerahan, koriasus. Ovari memanjang dengan satu biji.  
Taburan EkologiDijumpai di Sumatera dan kawasan utara Semenanjung Malaysia serta Borneo. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0185
Nama Spesies

Garcinia prainiana King

 
Nama FamiliGuttifferae 
Nama TempatanCerapu, Cerupu 
Foto  
Kegunaan TradisionalPembuka selera 
HuraianMorfologi: Pokok malar hijau setinggi 20 m. Bunga tunggal, uniseks, petal 4-5, berwarna putih, merah jambu atau kuning. Stamen pendek, ovari dengan 1 stigma. Buah bersaiz besar.  
Taburan EkologiTerdapat di Semenanjung Malaysia. Hidup di kawasan tanah rendah seperti di Perak, Selangor, Terengganu dan Johor. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0188
Nama Spesies

Garcinia hombroniana Pierre

 
Nama FamiliGuttifferae 
Nama TempatanBeruas 
Foto  
Kegunaan TradisionalLepas bersalin, kegatalan kulit 
HuraianMorfologi: Pokok setinggi 30 m. Petiol 15-20mm, ovat hingga ovat-oblong, bertukar warna perang apabila kering. Bunga dengan 4 sepal dan petal, pedisel 5-10 mm. Buah globus, berwarna perang apabila masak dan licin.  
Taburan EkologiTerdapat di Pulau Nicobar dan Semenanjung Malaysia. Hidup di kawasan tepi pantai. 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonHerba
No. RujukanACP0207
Nama Spesies

Goniothalamus macrophyllus (Blume) Hook.f et Thomson

 
Nama FamiliAnnonaceae 
Nama TempatanGajah beranak, Selayar hitam 
Foto  
Kegunaan TradisionalMerawat demam dan bengkak badan  
HuraianMorfologi: Pokok kecil atau sederhana. Mempunyai ranting yang licin. Daun oblong-lanseolat hingga oblong-oblanseolat, pangkal membulat dan hujung daun akut. Petal luar kehijauan, berbentuk oblong-lanseolat manakala petal dalam berbentuk dom. Biji tunggal berwarna keperangan. Taburan ekologi: Mempunyai taburan yang meluas di Semenanjung Malaysia serta Kepulauan Borneo. Hidup sesuai di hutan tanah rendah dan di kawasan tepi sungai yang berpasir atau lereng bukit. 
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
ZonTumbuhan Wangian
No. RujukanACP0203
Nama Spesies

Gardenia jasminoides Eliss.

 
Nama FamiliRubiaceae 
Nama TempatanBunga Susu, Bunga China 
Foto  
Kegunaan TradisionalMerawat demam, bengkak dan sakit kepala 
HuraianTaburan ekologi: Berasal daripada China. Mempunyai taburan yang luas di Jepun dan kebanyakannya ditanam di kawasan Malaysia dan Kepulauan Boreno seperti di Sarawak.  
Taburan Ekologi 
Status KonservasiLeast Concerned 
Rujukan 
      1 2      
Hit Pelawat
Free Counter

 

 

 
Best resolution on 800x600 | Copyright © 9510, AgriBio Information System.