31 Jul 2017
Taman Konservatori UPM
Taman Konservatori Pertanian, Universiti Putra Malaysia dibangunkan di atas
kawasan ladang penanaman getah (Havea
brasiliensis) seluas 2 hektar.
Ladang ini diuruskan oleh Unit Ladang Universiti pada tahun 1980 dan kemudiannya
diserahkan kepada IBS pada tahun 1996 untuk tujuan aktiviti penyelidikan. Pada
peringkat awal taman ini dibangunkan hanyalah sebagai koleksi germplasma bagi
koleksi terpilih sahaja.
Sejajar dengan perkembangan IBS, skop dan fungsi taman ini diperluaskan
pada tahun 2003 untuk menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan yang lebih
kompleks dan dinamik. Pada tahun 2005, IBS
telah dipertanggungjawab oleh pihak universiti untuk membangunkan dan
memajukan bank germplasma, kemudiannya dinamakan Taman Konservatori Pertanian
sebagai lokasi penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan rekreasi alam. Taman ini
telah dirasmikan oleh Pro-canselor Dato’
Razali Ismail pada Disember 2007
Kini koleksi spesies yang terdapat di dalam Taman Konservatori
Pertanian lebih dari 500 spesies
merangkumi tumbuhan asli dan eksotik. Taman ini dibahagikan kepada 11 zon
mengikut fungsi, kegunaan dan jenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia.