menu
  UTAMA   TENTANG KAMI   LOKASI   HUBUNGI KAMI   ZON-ZON   BAHASA MELAYU | ENGLISH
    ARKIB BERITA
Berita

TAMAN KONSERVATORI UPM

31 Jul 2017

Taman Konservatori UPM

 

Taman Konservatori Pertanian, Universiti Putra Malaysia dibangunkan di atas kawasan ladang penanaman getah (Havea brasiliensis)  seluas 2 hektar. Ladang ini diuruskan oleh Unit Ladang Universiti pada tahun 1980 dan kemudiannya diserahkan kepada IBS pada tahun 1996 untuk tujuan aktiviti penyelidikan. Pada peringkat awal taman ini dibangunkan hanyalah sebagai koleksi germplasma bagi koleksi terpilih sahaja.

Sejajar dengan perkembangan IBS, skop dan fungsi taman ini diperluaskan pada tahun 2003 untuk menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan yang lebih kompleks dan dinamik. Pada tahun 2005, IBS  telah dipertanggungjawab oleh pihak universiti untuk membangunkan dan memajukan bank germplasma, kemudiannya dinamakan Taman Konservatori Pertanian sebagai lokasi penyelidikan, pembelajaran, rujukan dan rekreasi alam. Taman ini telah dirasmikan oleh Pro-canselor  Dato’ Razali Ismail pada Disember 2007

Kini koleksi spesies yang terdapat di dalam Taman Konservatori Pertanian  lebih dari 500 spesies merangkumi tumbuhan asli dan eksotik. Taman ini dibahagikan kepada 11 zon mengikut fungsi, kegunaan dan jenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

SENARAI BERITA :

30 Nov -0001
..
Selanjutnya

30 Nov -0001
..
Selanjutnya

30 Nov -0001
..
Selanjutnya

30 Nov -0001
..
Selanjutnya
    Zon-zon Taman Konservatori UPM

Zon 1: Halia

Zon 2: Tumbuhan Ubatan

Zon 3: Paku Pakis

Zon 4: Ulaman/ Tradisional

Zon 5: Tumbuhan Akuatik

Zon 6: Orkid Liar

Zon 7: Periuk Kera

Zon 8: Keladi

Zon 9: Rempah Ratus

Zon 10: Tumbuhan Wangian

Zon 11: Buah-buahan Hutan

Hakcipta terpelihara @ 2013 Universiti Putra Malaysia