menu
  UTAMA   TENTANG KAMI   LOKASI   HUBUNGI KAMI   ZON-ZON   BAHASA MELAYU | ENGLISH
Zon Tumbuhan Ubatan
No. Rujukan 0225
Nama Spesies Morus alba
Nama Tempatan Pokok Mulberi, Tut
Foto
Kegunaan Tradisional Sumber makanan, gonorea, luka dan ulaman
Huraian Morfologi: Pokok sederhana atau kecil. Daun kecil, permukaan licin, berlob, pangkal daun kordat, hujung daun membulat hingga akuminat dan serat atau bergerigi pada bahagian tepi daun. Bunga jantan dan betina dalam katkin berasingan. Buah ungu gelap, putih atau merah jambu, memanjang, mempunyai rasa manis dan disebarkan oleh burung. Taburan ekologi: Asli di kawasan Asia terutamanya di kaki bukit Himalaya hingga ke China dan Jepun. Kebanyakannya di tanam dan diusahakan dengan meluas di beberapa negara yang aktif dalam industri tekstil seperti China dan India.
Taburan Ekologi
Status Konservasi Cultivated
Rujukan
    Zon-zon Taman Konservatori UPM

Zon 1: Halia

Zon 2: Tumbuhan Ubatan

Zon 3: Paku Pakis

Zon 4: Ulaman/ Tradisional

Zon 5: Tumbuhan Akuatik

Zon 6: Orkid Liar

Zon 7: Periuk Kera

Zon 8: Keladi

Zon 9: Rempah Ratus

Zon 10: Tumbuhan Wangian

Zon 11: Buah-buahan Hutan

Hakcipta terpelihara @ 2013 Universiti Putra Malaysia